Monday, September 7, 2009

BERMULA LAH SATU ERA...


Genaplah 2 minggu atau bersamaan dengan 14 hari umat islam menjalani ibadah puasa.Sepanjang minggu yang benar - benar menguji kekuatan dan kesabaran fizikal setiap umat manusia di muka bumi ALLAH yang MAHA ESA ini.
Berakhirnya Ramadhan maka akan berakhirlah bulan yang memberi lebih daripada seribu fadhilat nya pada setiap malam. Dan kerana itu jugalah,setiap umat manusia di muka bumi ini berebut untuk mendapatkan fadhilat yang berlipat ganda ini.
Kita juga tidak terkecuali daripada merebutnya.Cuma mungkin kita hanya benar merebut sehingga pertengahan bulan Ramadhan ini sahaja, kerana di sepuluh malam yang terakhir jarang sekali kelihatan manusia yang sememangnya awal pada pembukaan bulan tiba - tiba menjadi begitu lengang..Mengapa ia jadi begitu...Sedangkan nabi dan umatnya yang terdahulu sentiasa mengagung - agung kan 10 malam yang terakhir untuk mengejar fadhilatnya....
Ada benarnya junjungan mulia Nabi Muhammad S A W meminta pengurangan dari ALLAH SWT semasa diberikan 'tugasan' solat...Kerana Nabi Muhammad amat mengetahui yang anak - anak Adam kurang mampu untuk melaksanakannya..

No comments:

Post a Comment