Monday, November 2, 2009

TaHNiaH En KUchAI...

SELAMAT PENGANTIN BARU DIUCAPKAN KEPADA EN SAIREY JEMBURI...SEMOGA BERKEKALAN SELAMA - LAMANYA...

Thursday, October 29, 2009

MiNgGU PePEriKSaaN TeLaH BErMula......

Minggu depan akan bermula peperiksaan akhir tahun untuk murid...Macam biasa lah,cikgu semua pening kepala buat persediaan untuk akhir tahun,terutama sekali proses melengkapkan buku LAB...Sesuatu yang amat ber'puaka' untuk cikgu...ha3...kalau buat lambat memang puaka la jadinya....

Dan seperti biasa, aku jugak pening melayan buku nie...banyak tu...kalau setakat satu kelas je mungkin boleh terima lagi..tapi ada dekat 7 kelas..murid nya pulak 45 orang ke atas untuk satu kelas...

Buat guru yang bertungkus lumus menyiapkan kerja, selamat maju jaya dan sabar la...dah memang itu tanggungjawab seorang guru.Biarla apa orang nak kata pasal kerja guru nie,sebab orang kat luar cuma memandang dan tahu bercakap, tapi tak mengalaminya...

ADIOS.....

Wednesday, October 7, 2009

PeNAtNya...TaPI SeROnok!!!!





Ahad baru ini,berlangsungnya sukan tahunan sekolah...Sukan diadakan di Stadium Selayang...Walaupun tahun ini agak terlambat,tapi acara sukan kali ini sangat meriah...Untuk rekod, tahun sebelum ini semuanya dikuasai oleh rumah Angkasa...Tapi untuk tahun ini, rumah Angkasa telah berjaya dikalahkan...

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan semasa Sukan Tahunan ke 24 Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak...

Wednesday, September 23, 2009

RaYA DaTANg Lagi....

Raya datang lagi....Tahun nie nampaknya teman kena beraya di Negeri Perak...bukan tak balik perlis langsung...tapi bak kata orang,raya pertama yang lebih penting sebenarnya...Sebab nak bermaafan pun syahdunya di pagi raya pertama la...

Kalau raya selepas itu, dah lain sikit dah rasanya..Persiapan pada kali ini tak berapa baik...sederhana sahaja..maklumlah,standby untuk menyambut perkara baik yang lebih penting...Sambut baby baru la....

Macam biasa, setiap kali raya, lemang dan ketupat mesti ada...tak boleh miss...sebab tu adalah adat dan budaya masyarakat melayu....mercun, main meriam dan macam - macam lagi lah...Semua tu penambah seri untuk hari raya sebenarnya...Selain dari bulan bermaaf - maafan...

Untuk sahabat semua, insyaallah...pihak kami akan mengadakan rumah terbuka...tengoklah dulu macam mana sibuk bila buka sekolah...kalau tak berapa sibuk, boleh la buat awal...kalau tak, tunggu jelah....

TaKZiAh UnTUk ALiZan SekELuaRGa...

Al fatihah.... Hanya itu yang termampu diucapkan kepada rakan guru Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak yang telahpun kehilangan bonda tercinta pada 29 Ramadhan yang lalu...

Bagi pihak syed dan keluarga,kami mengucapkan takziah kepada alizan diatas pemergian allahyarhamah bondanya...semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya....Semoga alizan tabah dalam menghadapi dugaan ini...Setiap dugaan ada hikmahnya....Wallahualam....

Wednesday, September 16, 2009

SEkolAh CuTi KHas JumAat...


PUTRAJAYA: Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Beliau berkata pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran. "Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya," katanya dalam kenyataan media. Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal. - Bernama


(cuti khas nak kena ganti lagi ke?dah boring dah nie nak ganti sekolah)

Tuesday, September 15, 2009

TUNggu KelaHirAN BaRU..

Alhamdulillah syukur, anak kedua bakal dilahirkan pada januari 2010...Kami sekeluarga merafak sembah syukur ke hadrat Illahi dengan rahmat nya kali ini...Mudah - mudahan dengan kehadiran cahayamata kedua ini menambahkan lagi keberkatan dalam kehidupan kami sekeluarga...

Juga diharapkan jua dengan kehadiran cahayamata kedua ini menambahkan lagi rezeki dari yang sedia ada, seperti yang selalu diungkapkan...Anak-Anak Adalah Pemberi Rezeki....Insyaallah...

SelaMaT PenGanTIN BaRu KuChAI....

Selamat pengantin baru dari kami sekeluarga buat En Mohd Sairey B Jemburi...Semoga berkekalan selama - lamanya...Lepas nie dah join group kitorang la nie...Harapan agar perut tidak membuncit...

(Mas kahwin johor dah naik ke chai,sb dulu cakap mas kahwin naik baru ko nak kawin..hehehe)

Monday, September 14, 2009

AKTIVITI PERKHEMAHAN SKTSG...

Sekitar gambar perkhemahan unit uniform Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak di Alang Sedayu Resort....


Perkhemahan unit uniform peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak telah diadakan seminggu sebelum umat islam berpuasa..Disiarkan beberapa gambar semasa perkhemahan tersebut.





















baru lepas makan muntah!!!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali kami sekeluarga..

Juga buat bekas rakan seperjuangan, kami mengucapkan selamat hari raya...Harap diampunkan segala salah dan silap sepanjang perkenalan kita...

Sunday, September 13, 2009

SEPATUTNYA TAK DAPAT...???

Dalam satu statement didalam sebuah blog tempatan,menyatakan bahawa setiap government servant yang dianggap 'menderhaka' semasa PRU ke 12 baru - baru ini sepatutnya tidak layak mendapat insentif hari raya.Apakah kuasa untuk menentukan hak rakyat dihalang?

Bukankah kerajaan itu ialah semua rakyat Malaysia...Mengapa harus dipertikaikan hak tersebut,sedangkan semua rakyat Malaysia membayar cukai yang mana menjadi sumber pendapatan negara.Jangan lah cepat melatah hanya kerana kerajaan sekarang kalah teruk pada PRU 12 yang lalu..

Jadi,jangan terlalu cepat untuk menidakkan hak rakyat Malaysia yang lain walaupun mereka dianggap melakukan 'penderhakaan'.

Saturday, September 12, 2009

MERCUN, MERCUN DAN MERCUN!!!

Seringkali apabila musim perayaan menjelma, maka akan kedengaran lah bunyi 'tembakan' yang bertalu dari pelbagai arah...Jika keadaan dikampung, ia akan menjadi lebih seronok apabila kampung yang bersebelahan 'berperang' menunjukkan kekuatan meriam buluh mereka...

Itulah sebenarnya kemeriahan musim perayaan..Suatu kemeriahan yang jarang sekali dapat di dengari pada masa sekarang...Kerana Apa???Kerana anak - anak zaman sekarang lebih hebat dari anak - anak zaman dahulu...Anak - anak zaman sekarang lebih berteknologi dari anak - anak zaman dahulu...Merekacipta mercun buatan sendiri, sehingga menyebabkan ada sesetengah dari anak - anak zaman sekarang yang berhari raya hanya dengan menggunakan sebelah tangan sahaja..

Dan kerana itu lah,mercun telah diharamkan apabila musim perayaan tiba..Sedih apabila mengenangkan perayaan yang mendatang tanpa bunyi - bunyian, desing telinga akibat letupan...

Wednesday, September 9, 2009

BANTUAN RAYA UNTUK GOMEN!!!



Bantuan khas telah diumumkan sebelum tibanya Belanjawan 2010..Alhamdulillah..Kurang sikit bebanan bagi mereka yang memerlukan...Sekurang - kurangnya,ada juga buah tangan atau duit raya untuk golongan kakitangan kerajaan..
Harga barang dah naik, harga minyak pun dah naik...Sekarang ini semuanya naik..Jadi adalah satu rahmat buat kakitangan kerajaan apabila mendapat insentif sebegini rupa.Bolehlah berfikir - fikir untuk berbelanja pada musim perayaan yang akan tiba.

Buat anak - anak kecil,apa lagi..Inilah masa yang sesuai untuk anak - anak kecil ini meminta,tapi harus beringat.Biar berbelanja dengan berhemat, asalkan kita dapat berjimat.

Tuesday, September 8, 2009

UPSR DATANG LAGI....


UPSR telah pun bermula pada hari ini.Perjuangan calon calon selama 9 bulan akan ditentukan selama 3 hari yang mendatang ini.Justeru, setiap calon perlu sentiasa memberikan yang terbaik untuk menghadapi 3 hari yang perit ini.




Seperti biasa, guru - guru pula terlibat dengan kerja - kerja pengawasan yang sememangnya perit, terutama sekali untuk mereka yang bergelar Ketua Pengawas.Hari ini sahaja terpaksa bertungkus lumus dalam menentukan kertas peperiksaan yang harus di poskan.Nasib baik pernah ada pengalaman,kalau tidak kelam kabut jugak.




Teringat pabila kali pertama di berikan jawatan ketua pengawas untuk SPM..Gila kau!!!Baru pertama kali tu,dengan rasa bosan,ditambah plak dengan kerja yang banyak...memang kelam kabut pun...mujur ada kawan- kawan yang sememangnya pernah menjadi KP bertugas bersama - sama...kalau tidak....

Monday, September 7, 2009

PERMATA HATI BETA!!!

223
Inilah permata hatiku yang sulung..Dilahirkan pada 15 Januari 2007 pada jam 15:02.Seorang yang sangat periang dan sekarang ini terlalu banyak mulut atau berkata - kata...(Mengalahkan orang - orang tua bersembang).
Alhamdulillah,aku merafak sembah syukur kerana anak yang dilahirkan ini cukup sifatnya dan isteri tercinta pula berada dalam keadaan yang sihat siaga.Dari awal lagi memang telah ku jangkakan kesulitan kerana ini ialah peranakan.

BERMULA LAH SATU ERA...


Genaplah 2 minggu atau bersamaan dengan 14 hari umat islam menjalani ibadah puasa.Sepanjang minggu yang benar - benar menguji kekuatan dan kesabaran fizikal setiap umat manusia di muka bumi ALLAH yang MAHA ESA ini.
Berakhirnya Ramadhan maka akan berakhirlah bulan yang memberi lebih daripada seribu fadhilat nya pada setiap malam. Dan kerana itu jugalah,setiap umat manusia di muka bumi ini berebut untuk mendapatkan fadhilat yang berlipat ganda ini.
Kita juga tidak terkecuali daripada merebutnya.Cuma mungkin kita hanya benar merebut sehingga pertengahan bulan Ramadhan ini sahaja, kerana di sepuluh malam yang terakhir jarang sekali kelihatan manusia yang sememangnya awal pada pembukaan bulan tiba - tiba menjadi begitu lengang..Mengapa ia jadi begitu...Sedangkan nabi dan umatnya yang terdahulu sentiasa mengagung - agung kan 10 malam yang terakhir untuk mengejar fadhilatnya....
Ada benarnya junjungan mulia Nabi Muhammad S A W meminta pengurangan dari ALLAH SWT semasa diberikan 'tugasan' solat...Kerana Nabi Muhammad amat mengetahui yang anak - anak Adam kurang mampu untuk melaksanakannya..